Posts

Showing posts from 2012

BINTANG YOUNG TIGERS HANGAT BERCINTA?

Image
Beberapa bulan yang lalu, pemain ini pernah dianggap gay kerana terlalu manja dengan beberapa pemain senior dan pengurus pasukannya. Khabarnya, pemain yang mula popular sejak menjaringkan gol kemenangan ke atas Singapura pada ICG tahun lalu, pernah berkata beliau lebih selesa seorang diri dan menumpukan perhatian kepada karier beliau. Minggu lalu, ada satu sumber yang rapat dengan pihak perempuan menghubungi kami untuk memaklumkan yang sebenarnya pemain Young Tigers ini sudah pun menjalin hubungan sejak 2011 dengan seorang gadis manis berusia awal 20-an. Menurut sumber yang sama, gadis ber'gigi arnab' ini merupakan kerabat dari salah sebuah negeri di Pantai Timur tetapi kini berkhidmat di sebuah rumah tumpangan di Kuala Lumpur. Keputusan untuk merahsiakan perhubungan mereka yang terjalin selama ini khabarnya datang dari pemain yang berasal dari Gombak Setia ini, hanya kerana ingin menjaga status beliau yang kini sedang berada dipuncak.

FIRDAUS WIRA VETERAN TIGERS

Image
VETERAN TIGERS 1 – CHAM-PEON 0   Jaringan tunggal pemain terbaik Asia 2010, Mohamad Firdaus Yatim sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh buat Veteran Tigers ke atas Cham-peon pada perlawanan FSL Sabtu lalu. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke-2 Veteran Tigers pada musim ini. Skuad yang diketuai Azimin Hardi menguasai permainan dengan baik walaupun tanpa penyerang handalan Tengku Azam yang masih berehat kerana gangguan emosi. Akhirnya Firdaus muncul wira apabila membuat rembatan deras dari pintu gol sendiri untuk menewaskan penjaga gol Cham-peon.

FADZIL TEMUI SHANKAR BINCANG ISU PENGADILAN

Image
Pengurus Tigers United Fadzil Hisham telah berjumpa dengan Pengerusi FSL, Shankar bagi membincangkan isu pengadilan pada perlawanan antara Young Tigers dan Menara United. Minggu lalu, Fadzil juga telah menghubungi Shankar melalui telefon kerana tidak puas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Namun, setelah Shankar kembali pulih dari demam selama 2 hari, Fadzil telah ke ibupejabat FSL semalam untuk berbincang dengan lebih lanjut. Menurut Fadzil, perbincangan mereka lebih kepada untuk meningkatkan mutu pengadilan di FSL, dan bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. "Pengadil harus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih tegas agar para pemain dapat menghormati mereka di dalam padang. Sekiranya pengadil terlalu takut untuk mengeluarkan kad kuning atau merah, para pemain akan rasa kurang yakin dan mungkin akan bertindak sendiri mengikut emosi mereka", tambah beliau.

AZAM KECEWA LISA KAHWIN YUSRY

Image
Penyerang berbisa Veteran Tigers, Tengku Azam bakal direhatkan 3 perlawanan lagi kerana gangguan emosi. Menurut ejen beliau, Azam amat kecewa kebelakangan ini sejak mendapat tahu bahawa Lisa Surihani akan mengahwini Yusry KRU. Azam telah pun mendapat kebenaran dari kelabnya Tigers United untuk bercuti untuk beberapa minggu lagi. Pengurusan Tigers United turut mengesahkan laporan tersebut dan telah menghantar Azam ke Kuching Sarawak untuk menenangkan fikiran. Lisa yang telah menikahi Yusry minggu lalu amat disukai oleh Azam sejak 2 tahun lalu.

ARIFFIN BERI AMARAN KEPADA MENARA UNITED

Image
Bintang Veteran Tigers Ariffin Ideris bertekad untuk memberi pengajaran kepada para pemain Menara United apabila bertemu pasukan itu nanti. Beliau sangat berang dengan aksi kasar pemain Menara United ketika menentang Young Tigers minggu lalu. Menurut Ariffin, pemain-pemain Menara United tidak seharusnya bertindak ganas terhadap pemain yang lebih muda. Walaupun mereka perlu mengekang permainan pantas Young Tigers, mereka sepatutnya menggunakan otak dalam merancang corak permainan mereka, bukannya menggunakan taktik kasar dan ganas yang boleh menyebabkan kecederaan.

SUFIAN ENGGAN KOMEN HUBUNGAN NEELOFA

Image
Ketua pasukan Young Tiger Mohd Sufian Amin menafikan bahawa beliau kini sedang menjalin hubungan dengan aktres Neelofa. Pada sidang akhbar Tigers United di Kompleks Sukan Tigers petang semalam, Sufian memberitahu media bahawa beliau dan Neelofa hanyalah 'teman tapi mesra'. Khabar mengenai hubungan mereka mula diperkatakan apabila seorang rakan sepasukan terdengar Sufian menyebut nama Neelofa berulang-kali ketika tidur. Menurutnya lagi, Sufian ada menyimpan banyak gambar Neelofa di dalam telefon bimbitnya. Namun desas-desus mengenai hubungan mereka mula menjadi hangat apabila Sufian bercadang untuk membuat tatu Neelofa di bahu kanan apabila beliau ke Phuket April tahun depan.

MENARA DIGEGAR YOUNG TIGERS

Image
MENARA UNITED  1 – YOUNG TIGERS  1 Walaupun dibarisi pemain tidak ternama, Young Tigers terus membuat kejutan di Futsal Super League (FSL) 2012 apabila Berjaya menyekat bekas juara, Menara United 1-1.  Pasukan Menara United yang dibarisi pemain bintang seperti Shankar, Saravanan, Raja dan Azman Mohamed gagal mengekang corak permainan pantas Young Tigers. Hantaran kemas serta kawalan yang sempurna para pemain Young Tigers ternyata mengejutkan pasukan bintang Menara United. Permainan Menara United bertukar menjadi agak keras  apabila Young Tigers mempamerkan corak serangan bertali-arus untuk mendapatkan gol penyamaan. Pengadil perlawanan ternyata gagal mengawal permainan kasar pemain Menara United kerana takut melayangkan kad dalam perlawanan ini. Walaupun ketinggalan 0-1, pasukan Young Tigers terus menguasai permainan secara keseluruhan. Selepas asakan demi asakan, Khaizal akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.

VETERANS SHOW WHO'S THE BOSS

Image
EASY CASH 2 – VETERAN TIGERS 3 Ariffin Ideris who was out in the first 2 matches due to suspension came on as a subtitute against Easy Cash to score the winning goal for Veteran Tigers. It was a roller-coaster match when both Azimin and Ben had earlier found the net to give Tigers the lead. However, Easy Cash went back in the game with two lucky goals. However, Ariffin displayed his magic to give Veteran Tigers their first win in the FSL. Veteran Tigers started the game with Azimin, Pajan, Firdaus, Ben and Seelan, and brought in Ariffin and Dalbir. Easy Cash who had won their first 2 league matches found the Tigers were too strong and experienced. They were totally outplayed by Veteran Tigers throughout the match.  It was a heroic performance by captain Azimin who lead his team with a brilliant performance. 

SUPERSTAR TO BUY STAKE IN TIGERS UNITED

Image
Indian Superstar Rajinikanth said he is in talks to buy a 50 per cent share of Tigers United Football Club, the five-time World Club Cup winners, for a fee that could be as high as £350 million. The Superstar was a guest of co-owner Fadzil Hisham for Saturday's 7-2 win over The Rangers. Negotiations between the pair concerned the setting up of several Tigers United academies in the South Asia as well as the ownership of the club. The value of the deal, which is expected to be finalised soon, is around £200m to £350m. Fadzil, and fellow Malaysian Firdaus formed Veteran Tigers in February 2005 with £220m, and their regime has been incredible.

HARIMAU BAHAM RENJER!

Image
THE RANGERS 2 – YOUNG TIGERS 7 Selepas berjaya mengutip 3 mata penuh pada perlawanan pertama menentang Silent Killer C, Young Tigers terus mengganas dengan menewaskan The Rangers 7-2. Perlawanan yang dikuasai penuh Young Tigers menyaksikan 9 gol berjaya dihasilkan. Kesemua pemain Tigers, Nik, Sufian, Sazali, Nizam dan Khaizal berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Walaupun tanpa Kamal yang mengalami kecederaan, Young Tigers berjaya mempamerkan persembahan yang memukau. Kemasukan Khaizal memantapkan lagi bahagian pertahanan dan tengah. Namun, penjaga gol Tigers Yusri gagal menyekat serangan bekas rakan sepasukan Zainudin yang berjaya menjaringkan 2 gol untuk The Rangers. Young Tigers sepatutnya sudah berjaya memenangi perlawanan ini dengan lebih 10 gol sekiranya penyerang Sazali tidak meledak ke arah palang dan papan iklan sebanyak 16 kali. 

BEN TEMUI SENTUHAN GOL

Image
228 FC 1 – VETERAN TIGERS 1 Selepas tewas pada perlawanan pertama, Veteran Tigers kelihatan lebih teratur apabila berjaya mengutip mata pertama dalam Futsal Super  League 2012 apabila seri 1-1 dengan pasukan 228 FC. Skuad yang dibarisi oleh Azimin, Pajan, Firdaus, Ben, Seelan dan Dalbir bermain lebih teratur berbanding perlawanan sebelum ini.  Penjaga gol Mohamad Firdaus bermain dengan cemerlang apabila berjaya menangkis serangan bertali-arus pasukan 228 FC. Namun, pemain senior, Ben Sritharan menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan. Gol tersebut merupakan jaringan pertama Ben sejak lebih 3 tahun lalu.

CURRENT SQUAD CAN DEVELOP INTO WINNERS

Image
Tigers midfielder Ben Sritharan believes if Tigers United can maintain their current squad, the club will soon end their seven-year trophy drought. Ben recently penned a new contract with the Tigers after overcoming an off-form season last year, and has helped the Veteran Tigers outfit to change the fortunes after they struggled at the start of the campaign following the absents of Zainudin and Bharathi Dason. The 46-year-old is not only confident that the current crop of players can develop into a squad that competes for silverware, but is also hoping to lead the club to success with his role in the team.

THE SHOCKING YOUNG TIGERS

Image
SILENT KILLER C 1 – YOUNG TIGERS 3 After the frustrating start by the Veteran Tigers, the Young Tigers redeem their pride by winning 3-1 over  Silent Killer C. The Tigers started the match with Yusri, Sufian, Sazali and Kamal. However, scoring their first goal, Kamal was down with an injury, and Nizam was introduced.  The Young Tigers played on with good possession throughout the match. Kamal opened the scoring with wonderful bicycle kick before Sazali doubled their lead with a brilliant back heel.  Silent Killer pulled a goal back with a goal, but Tigers Captain Mohd Sufian finished-off the game with a 10 metres screamer.

VETERAN TEWAS PERLAWANAN PEMBUKAAN

Image
SILENT KILLER A 2 – VETERAN TIGERS 1 Veteran Tigers memulakan aksi di Futsal Super League (FSL) 2012 dengan aksi mengecewakan apabila tewas 1-2 kepada pasukan Silent Killer A. Tanpa 3 tonggak utama Fadzil, Ariffin & Azam, Veteran Tigers terpaksa bergantung kepada Azimin, Pajan, Firdaus, Ben, Seelan dan Dalbir. Namun mereka gagal untuk mencari rentak sebenar.   Walaupun mendahului dengan gol cantik dari Dalbir Singh, skuad Veteran Tigers terpaksa akur dengan kelebihan pasukan lawan. Perlawanan pembukaan FSL antara Silent Killer A dan Veteran Tigers ini bermula agak lewat kerana kereta Bentley milik Ben mangalami tayar pancit semasa melalui London Bridge. Turut terperangkap dalam kereta Ben ialah Seelan dan Pajan. Ketua pasukan Azimin Hardi dilaporkan sangat berang dengan kejadian itu.

TIGERS SQUAD NAMED

Image
Tigers United manager Fadzil Hisham has named his final 18 man list for the 2012 Futsal Super League (FSL), which is without Peter Elanko and Bharathi Dason. However, the manager had also included Hikmal Ahmad despite carrying an injury. As expected, Azimin Hardi will captain the Veteran Tigers and Mohd Suffian has been named as the Young Tigers skipper. VETERAN TIGERS   YOUNG TIGERS Azimin Hardi  (Captain) Mohd Sufian Amin   (Captain)   Thyagaseelan Thambiah Mohd Yusri Mohd Fadzil Hisham Mohd Khaizal Ben Siritharan Lee Cheng Hong Harpajan Singh Nik Muhamad Asyraf Azam Jaafar Khirulnizam Kamaruddin Dalbir Singh Sazali Muhammad Ariffin Ideris Engku Kamal Azizi Mohd Firdaus Yatim Hikmal Ahmad

NIK IS THE PLAYER TO WATCH IN 2012

Image
Young Tigers captain Mohd Suffian believes his teammate, Nik Muhd Asyraf is a man for the big occasion, and he expects the Kelantan-born midfielder to deliver against Tigers' opponents on Saturday. This weekend's marquee fixture at Kota Damansara takes place almost exactly a year since Nik completed his protracted move to Tigers United. Fadzil Hisham's late, late swoop proved a masterstroke as Nik displayed his talent and provided the assists, which propelled Young Tigers into last year's quarter-final.

CHENG HONG REMAINS IMPORTANT FOR TIGERS

Image
Reports in January linked Lee Cheng Hong with a move away from Tigers United, although it now appears he will remain at the club for at least another two years. Some fans are ready to see the striker depart, but his continued presence in the squad can only be positive. No matter how well Cheng Hong performs, though, he is met with criticism from Tigers supporters. One of the most common concerns is his languid style of play. He does not tirelessly run like Zali or Suffian, nor is he as fast as Firdaus, but he should not be dismissed on that basis. He is a different brand of striker, one who relies more on his skill and intelligence.

PAJAN TEKAD TEBUS KEKECEWAAN MUSIM LALU

Image
Pemain pertahanan Tigers United, Harpajan Singh bertekad untuk menebus kembali kegagalan musim lalu pada Futsal Super League (FSL) 2012. Pemain berdada bidang itu beraksi kurang cemerlang di sepanjang FSL 2011. Para wartawan dan pengulas  bolasepak antarabangsa berpendapat, masaalah ketagihan alkohol menjadi punca utama kepada prestasi hambar Pajan pada musim lalu. Sejak itu, beliau telah dilucutkan dari menjadi kapten Young Tigers. Namun, terdapat beberapa laporan yang mengatakan Pajan telah insaf dan ingin memperbaiki permainannya. Beliau dillihat membuat latihan bersendirian sejak 6 bulan lalu. Beberapa pegawai di Tigers United mendakwa sering ternampak kelibat Pajan berjogging setiap hari jam 12 tengah hari dan ada kalanya lewat di tengah malam.

KHAISER FC MENANG MUDAH

Image
Dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, Khaiser FC berjaya membelasah UOB 6-0 pada hari Sabtu lalu. Walaupun dibarisi 5 bintang Tigers United, skuad UOB gagal mempamerkan kemampuan sebenar apabila tewas mudah kepada pasukan yang dibimbing oleh Nazwan Effendy. Faktor keletihan menjadi sebab utama yang menggagalkan pasukan UOB mencari rentak sebenar. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan persahabatan antarabangsa yang pertama untuk skuad UOB bagi tahun 2012.

ZALI TO LEAD ATTACK

Image
Young Tigers foward Sazali Muhamad is ready to find the net again for UOB when the team visit Khaiser FC at GIS Stadium tomorrow. The baby-faced assasin has been called up to strengthen Ariffin ' Yazid ' Ideris squad, together with AzamJaafar , Azimin Hardi and Hikmal Ahmad . Meanwhile, his Tigers teammate Cheng Hong will be playing alongside Zali's ex-teammate Nazwan Effendy in the opposing line up. He has been enjoying regular starts with UOB since earning his first cap more than a year ago. Zali has scored 18 goals in 20 appearances for UOB, including the match-winning goal at the ICG 2011 .

KHIDMAT BEN MASIH PENTING

Image
Pengurus Tigers United, Fadzil Hisham menegaskan bahawa khidmat pemain tengah Ben Sritharan masih penting bagi skuad Veteran Tigers dalam menghadapi Futsal Super League (FSL) musim ini. Walaupun dikecam hebat berikutan aksi hambar di ICG 2011, pemain tersebut masih diberi kepercayaan untuk terus menyarung jersi Tigers. Ben merupakan salah seorang pemain paling senior dalam skuad Tigers. Tigers United dijangka akan mengumumkan senarai akhir pasukan yang akan beraksi di FSL minggu ini. 

SUPERSTAR JUARA TIGERS INVITATIONAL

Image
Pasukan jemputan Superstar Yang Terpinggir , mengejutkan 3 pasukan tuan rumah apabila menjuarai Tigers Invitational 2012 . Skuad yang dibarisi oleh Noor Rayza , Ahmad Firdaus , Hairul Yazid , Mohd Hanif , Mohd Zurin , Zulkarnain dan Norman Affendy berjaya memenangi kesemua perlawanan mereka di kejohanan itu tanpa dibolosi sebarang gol. Selepas mengalahkan Tigers C 3-0, Superstar terus membelasah Tigers B 4-0 dan Tigers A 6-0. Pemain Superstar paling bernilai, Noor Rayza muncul sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak dengan 10 gol.  Kejayaan Superstar Yang Terpinggir sekali gus menjadikan mereka pasukan pilihan untuk menjuarai Futsal Super League (FSL) yang akan bermula 2 minggu lagi. Sementara itu, walaupun gagal memenangi Tigers Invitational edisi ke-6, pasukan tuan rumah mula mendapat keserasian didalam padang. Bakat baru seperti Nik Muhd Asyraf , Cheng Hong dan Hikmal Ahmad telah mula menampakkan kematangan dan dijangka akan menjadi harapan Tigers United di FSL nanti

GANDINGAN YUSRI-ZAINUDIN TERPISAH

Image
Tigers United dilaporkan telah bersetuju untuk meminjamkan pemain berpengalaman mereka, Zainuddin kepada Property FC dalam Futsal Super League (FSL) musim ini. Pemain yang berasal dari Sabah itu adalah antara pemain paling berpengalaman di Tigers United. Namun, sejak beberapa musim lalu khidmat beliau ditagih oleh kelab-kelab seperti Property FC, Manchester United dan Bayern Munich. Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Tigers United akhirnya berpuas hati dengan tawaran yang dibuat oleh Property FC. Sementara itu, rakan sepasukan beliau, Mohd Yusri dikhabarkan telah menandatangani kontrak baru bersama Tigers yang akan mengikatnya sehingga 2017. Perkembangan terbaru ini bermakna gandingan serasi kedua-dua pemain ini akhirnya terpaksa dipisahkan. Yusri dan Zainudin dilaporkan akur dan berpuas hati dengan kontrak masing-masing. Young Tigers dan Property FC adalah antara pasukan yang akan bersaing dalam FSL musim ini.

KAMAL SEDIA GEMPUR

Image
Pemain Midfield Young Tigers, Engku Kamal telah mengesahkan penyertaannya di Tigers Invitational. Bekas pemain Card Centre itu menolak dakwaan bahawa beliau akan menyertai Real Madrid musim depan. Menurutnya, peluang bermain bersama Tigers adalah lebih bermakna dari berhijrah ke kelab Eropah. Baru-baru ini, pengurus Jose Mourinho telah memberitahu media bahawa Kamal adalah pemain paling sesuai untuk menggantikan Kaka di Santiago Bernabeu. Kamal yang mula menyertai Tigers tahun lalu, dijangka akan bergandingan dengan Khaizal dan Suffian dalam skuad Young Tigers pada FSL nanti. Kejohanan Tigers Invitational edisi ke-6 tahun ini pula akan menjadi medan pemanas badan bagi kesemua pemain Tigers United disamping memantapkan keserasian para pemain.

THE 2012 TIGERS INVITATIONAL

Image
Time : 9.00am Date : Saturday, 11 February 2012 Venue : Futsal Excel Segambut Players List Tigers A Tigers B Thyagaseelan Fadzil Hisham Azam Bin Jaafar Dalbir Singh Nik Muhamad Asyraf Engku Kamal Peter Elanko Mohd Firdaus Azimin Hardi Harpajan Singh Sazali Muhamad Lee Cheng Hong Mohd Sufian Tigers C Superstar Yang Terpinggir Mohd Yusri Siritharan (Ben) Ariffin Bin Ideris Mohd Khaizal Khirulnizam Hikmal Ahmad Firdaus Hairul Yazid Mohd Hanif Mohd Zurin Zulkarnain Noor Rayza Norman Affendy Match Schedule 9.00 am :  Tigers A vs  Tigers B 9.00 am :  Tigers C  vs  Superstar Yang Terpinggir 9.20 am :  Tigers A vs  Tigers C 9.30 am :  Tigers B vs  Superstar Yang Terpinggir 9.40 am :  Tigers B vs  Tigers C 9.50 am :  Tigers A vs  Superstar Yang Terpinggir

ARIFFIN KEMBALI GEGARKAN FSL

Image
Pemain Veteran Tigers Ariffin Ideris dilaporkan telah bersetuju untuk kembali dari persaraannya bagi memperkuatkan skuad Fadzil Hisham bagi menghadapi Futsal Super League (FSL) musim ini. Pemain yang berasal dari Perlis itu merupakan pemain kedua yang keluar dari persaraan selepas Paul Scholes kembali menyertai Manchester United. Ariffin merupakan seorang pemain pertahanan yang sangat berpengalaman di Tigers United telah membuat 201 kemunculan bersama kelab itu.

KALAU TAK DAPAT UNTA, KAMBING PUN KAMI TIBAI!

Image
Begitulah kata-kata semangat yang disampaikan oleh penjaga gol legenda Veteran Tigers, Firdaus. Pada majlis makan tengah hari di Restoran Sithique Kuala Lumpur Selasa lalu, pemain baru Young Tigers Hikmal Ahmad telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama kelab itu. Antara yang hadir ialah pengurus pasukan, Fadzil Hisham dan kapten Veteran Tigers, Azimin Hardi bersama Ariffin Ideris dan Sazali Muhammad. Firdaus yang baru saja ditabalkan pemain terbaik Asia membuat kemunculan mengejut bagi memberikan semangat kepada pemain baru itu. "Ternyata hubungan erat antara pemain Veteran Tigers dan Young Tigers menjadikan kelab ini disegani ramai. Sesiapa yang dapat menyarung jersey Tigers, akan dapat merasai semangat ini", tambah Firdaus.

SEELAN EXTENDS CAREER

Image
Fadzil Hisham has confirmed that Thyagaseelan has extended his Tigers United career into another season. The manager confirmed the decision to extend Seelan's contract had already been taken, and raised the possibility his star player could carry on beyond that. The 47-year-old has been playing on season-long contracts for a number of years now. He is one of the longest serving player at Tigers united.

FERGIE KESAL JUAL TRIO

Image
Sejak tewas kepada Liverpool minggu lalu, Sir Alex Ferguson mula menyuarakan rasa kesal keatas beberapa keputusan yang telah beliau lakukan di Old Trafford . Paling utama ialah apabila beliau menjual 3 bintang utama Manchester United iaitu Azimin , Fadzil & Firdaus . Dalam satu temubual di BBC kelmarin, pengurus Red Devils itu telah mengaku bahawa penjualan 3 pemain tersebut kepada Tigers United telah melemahkan pasukannya. Namun, beliau masih mengharap skuad yang ada sekarang dapat mencapai kejayaan yang pernah dikecapi Manchester United ketika trio tersebut beraksi di liga inggeris. Sepanjang 2 musim berada di Manchester, Fadzil, Azimin dan Firdaus telah membantu Manchester United memenangi 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah, 2 trofi Liga Perdana dan 2 Piala FA.

SUFFIAN KETUAI YOUNG TIGERS

Image
Bekas pemain tengah ITD, Mohd Suffian telah diumumkan sebagai Kapten pasukan Young Tigers bagi musim 2012. Pengurus kelab Tigers United telah mengesahkan perlantikan beliau. "Selain mempunyai kebolehan individu yang tinggi, Suffian juga mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengetuai skuad Young Tigers", ujar Fadzil semasa mengumumkan kapten kedua-dua pasukan Tigers. Suffian mula menyertai Tigers sejak 2011, dan terus mencipta nama apabila menjaringkan gol tunggal UOB ketika bertemu MPPJ Oktober lalu.

TIGERS SIGNED HIKMAL

Image
Menara based right-back Hikmal Ahmad is close to completing a move to Tigers United. The UOB international has long been on Tigers' wishlist after an impressive season in which he helped the team to win at the ICG last year. "I have passed a medical, thanks to God everything is okay," Hikmal is quoted as saying by ESPN Sports Centre. Meanwhile, Tigers manager Fadzil Hisham said that Hikmal will play for the Young Tigers in the 2012 Futsal Super League (FSL) to get more games under his belt.

FIRDAUS NAMED 2011 ASIAN BEST PLAYER

Image
Tigers United goalkeeper Mohamad Firdaus has been named the 2011 Asian footballer of the year. The Jajahan Ampang ex-player has established himself as first choice goalkeeper with the Tigers since arriving at the club in 2005. His displays last season have also helped Fadzil Hisham 's side to finish top four in the Super League. Firdaus is only the second Ampang player to win the award since its inception in 1992, following in the footsteps of the Ampang Jawa striker Kamal Ketibus . The award was voted for by the head coaches of the national teams in Asia. Pelita Jaya Safee Sali & Man United Park Ji-Sung finished second and third respectively.

KHAIZAL DIBURU KELAB TERNAMA

Image
AC Milan, Lyon dan Barcelona antara pasukan ternama yang kini bersaing untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Tigers United, Khaizal. Walaupun masih mempunyai baki 3 tahun kontrak bersama Tigers, Khaizal terus diburu oleh kelab-kelab ternama Eropah. Menurut ejen beliau, sehingga kini sudah ada 5 pasukan yang berminat untuk mendapatkan tandatangan Khaizal.

TIGERS MANAGER ON CHELSEA'S RADAR

Image
Tigers United's manager Fadzil Hisham is believed to have met the Chelsea’s billionaire owner during his trip to UK in December last year. A source from the London club confirmed about his visit but refused to comment about the club had offered him a contract to replace the under-pressure Portuguese manager Andre Villas-Boas. Fadzil is the most suitable candidate to manage the London club if they are to maintain with their veteran players for next season. He is one of the few young football managers to have achieved many success in managing veteran squads.

KECEDERAAN ZALI TIDAK SERIUS

Image
Penyerang muda Tigers, Sazali Muhammad dilaporkan mengalami kecederaan pada satu perlawanan amal yang diadakan di Stadium GIS baru-baru ini. Walau bagaimanapun, doktor pasukan, Dr. Sabun Ghee mengesahkan kecederaan yang dialami pemain bertubuh gebu itu tidak serius. Pihak pengurusan masih memantau perkembangan kecergasan beliau. Zali, penjaring gol kemenangan Malaysia ke atas Singapura di ICG 2011, dilihat masih memakai pembalut kaki hari ini.

NO RAYZA FOR TIGERS

Image
Chargeback defender, Noor Rayza have reportedly turned down an offer for a move to Tigers United. The 32-year-old is believed to be a target for several other FSL clubs. Tigers spokesman had confirmed that Manager, Fadzil Hisham has contacted the players personally to express his interest, before an official offer was sent last Wednesday. However, Rayza had informed the club that he wants to remain at Oldtown. The left-back has been rumoured as top choice to take over Peter Elanko's position who will be out of the tournament due to family reasons.

TIGERS HILANG KHIDMAT PETER

Image
Selepas kehilangan Bharathi Dason , Veteran Tigers bakal kehilangan seorang lagi pemain berpengalaman iaitu Peter Elanko . Pemain yang berasal dari Ampang itu dilaporkan tidak dapat memberi komitmen dalam menghadapi musim baru FSL atas sebab keluarga. Elanko merupakan seorang pemain senior yang telah menyarung jersi Tigers untuk 126 perlawanan. Pihak pengurusan kelab telah diberitahu secara rasmi dan menerima keputusan pemain tersebut.

FADZIL & RANI BERPISAH

Image
Bintang Bollywood, Rani Mukherji dikhabarkan telah berpisah dengan Pengurus Tigers United, Fadzil Hisham. Setelah hampir 7 bulan menjalin hubungan, Rani menjelaskan bahawa mereka bukan lagi pasangan kekasih. "Walaupun tidak lagi bersama, kami masih berkawan baik, malah kami masih berbalas SMS...", tambah Rani. Menurut seorang rakan karib pasangan itu, perpisahan berpunca kerana Fadzil mahu menumpukan perhatian terhadap persiapan pasukan Tigers United.

AZAM TOLAK TAWARAN LIVERPOOL

Image
Penyerang sensasi Tigers United , Azam Jaafar telah menolak tawaran Liverpool yang ingin mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Luis Suarez di Anfield. Ketiadaan Suarez yang sedang menjalani penggantungan 8 perlawanan telah memberi kesan kepada persembahan Liverpool musim ini. Minggu lalu, pengurus The Reds, Kenny Dalglish telah menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat Azam.

BD OUT FOR THE SEASON

Image
Veteran Tiger's forward,  Bharathi Dason , has been ruled out for the whole season. The 2011 Super 7 top scorer will miss all Veteran Tigers matches in the 2012 Futsal Super League (FSL). He has spent this week undergoing assessment. Tigers manager, Fadzil Hisham , confirmed the news at the club's training ground this morning. However, the manager remain positive about the current squad despite losing their most experience player. "It is a blow to anyone but it's more disappointing for the players than it is for us, obviously. We just have to get on with it and without being disrespectful to the players who are injured, the most important ones are the ones who are fit." The club will announce their final squad on Monday. 

AZIMIN BAKAL KETUAI VETERAN TIGERS

Image
Pemain pertahanan berpengalaman, Azimin Hardi dijangka akan mengetuai skuad Veteran Tigers dalam kempen Futsal Super League (FSL) 2012. Pemain yang berusia 39 tahun itu, adalah antara pemain yang paling berpengalaman dalam kancah bolasepak tempatan. Beliau mempunyai rekod bermain untuk pasukan UOB sebanyak 90 kali termasuk 9 kali beraksi di Inter Club Games.