VETERAN TEWAS PERLAWANAN PEMBUKAAN

SILENT KILLER A 2 – VETERAN TIGERS 1

Veteran Tigers memulakan aksi di Futsal Super League (FSL) 2012 dengan aksi mengecewakan apabila tewas 1-2 kepada pasukan Silent Killer A. Tanpa 3 tonggak utama Fadzil, Ariffin & Azam, Veteran Tigers terpaksa bergantung kepada Azimin, Pajan, Firdaus, Ben, Seelan dan Dalbir. Namun mereka gagal untuk mencari rentak sebenar.
 
Walaupun mendahului dengan gol cantik dari Dalbir Singh, skuad Veteran Tigers terpaksa akur dengan kelebihan pasukan lawan. Perlawanan pembukaan FSL antara Silent Killer A dan Veteran Tigers ini bermula agak lewat kerana kereta Bentley milik Ben mangalami tayar pancit semasa melalui London Bridge. Turut terperangkap dalam kereta Ben ialah Seelan dan Pajan. Ketua pasukan Azimin Hardi dilaporkan sangat berang dengan kejadian itu.

Comments

Popular posts from this blog

PDRM CLINCH FIFTH AGONG CUP TITLE IN THRILLING FINAL

BLACKCATZ POUNCE TO VICTORY AT THE SONG KHENG HAI SEVENS

MUAMALAT BULLETS CONQUER PULAPOL 10S