FIRDAUS WIRA VETERAN TIGERS

VETERAN TIGERS 1 – CHAM-PEON 0

 

Jaringan tunggal pemain terbaik Asia 2010, Mohamad Firdaus Yatim sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh buat Veteran Tigers ke atas Cham-peon pada perlawanan FSL Sabtu lalu. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke-2 Veteran Tigers pada musim ini. Skuad yang diketuai Azimin Hardi menguasai permainan dengan baik walaupun tanpa penyerang handalan Tengku Azam yang masih berehat kerana gangguan emosi. Akhirnya Firdaus muncul wira apabila membuat rembatan deras dari pintu gol sendiri untuk menewaskan penjaga gol Cham-peon.


Comments

Popular posts from this blog

PDRM CLINCH FIFTH AGONG CUP TITLE IN THRILLING FINAL

BLACKCATZ POUNCE TO VICTORY AT THE SONG KHENG HAI SEVENS

MUAMALAT BULLETS CONQUER PULAPOL 10S