KAMAL SEDIA GEMPUR

Pemain Midfield Young Tigers, Engku Kamal telah mengesahkan penyertaannya di Tigers Invitational. Bekas pemain Card Centre itu menolak dakwaan bahawa beliau akan menyertai Real Madrid musim depan. Menurutnya, peluang bermain bersama Tigers adalah lebih bermakna dari berhijrah ke kelab Eropah. Baru-baru ini, pengurus Jose Mourinho telah memberitahu media bahawa Kamal adalah pemain paling sesuai untuk menggantikan Kaka di Santiago Bernabeu.

Kamal yang mula menyertai Tigers tahun lalu, dijangka akan bergandingan dengan Khaizal dan Suffian dalam skuad Young Tigers pada FSL nanti. Kejohanan Tigers Invitational edisi ke-6 tahun ini pula akan menjadi medan pemanas badan bagi kesemua pemain Tigers United disamping memantapkan keserasian para pemain.

Comments

Popular posts from this blog

NEGERI SEMBILAN RETURNS AS SERIOUS TITLE CONTENDERS

VIOBA BLUES SEAL HISTORIC KLR THREE-PEAT

MALAYSIAN RUGBY MOURNS LOSS OF MYKO