SUPERSTAR JUARA TIGERS INVITATIONAL

Pasukan jemputan Superstar Yang Terpinggir, mengejutkan 3 pasukan tuan rumah apabila menjuarai Tigers Invitational 2012. Skuad yang dibarisi oleh Noor Rayza, Ahmad Firdaus, Hairul Yazid, Mohd Hanif, Mohd Zurin, Zulkarnain dan Norman Affendy berjaya memenangi kesemua perlawanan mereka di kejohanan itu tanpa dibolosi sebarang gol. Selepas mengalahkan Tigers C 3-0, Superstar terus membelasah Tigers B 4-0 dan Tigers A 6-0. Pemain Superstar paling bernilai, Noor Rayza muncul sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak dengan 10 gol. 

Kejayaan Superstar Yang Terpinggir sekali gus menjadikan mereka pasukan pilihan untuk menjuarai Futsal Super League (FSL) yang akan bermula 2 minggu lagi. Sementara itu, walaupun gagal memenangi Tigers Invitational edisi ke-6, pasukan tuan rumah mula mendapat keserasian didalam padang. Bakat baru seperti Nik Muhd Asyraf, Cheng Hong dan Hikmal Ahmad telah mula menampakkan kematangan dan dijangka akan menjadi harapan Tigers United di FSL nanti.  

Comments

Popular posts from this blog

MUAMALAT BULLETS CLINCH VICTORY IN PHUKET

MERSING EAGLES EDGE UITM LIONS TO CLAIM MRL THIRD PLACE

PERAK CLAIM FIRST WIN OF THE SEASON