FADZIL TEMUI SHANKAR BINCANG ISU PENGADILAN

Pengurus Tigers United Fadzil Hisham telah berjumpa dengan Pengerusi FSL, Shankar bagi membincangkan isu pengadilan pada perlawanan antara Young Tigers dan Menara United. Minggu lalu, Fadzil juga telah menghubungi Shankar melalui telefon kerana tidak puas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Namun, setelah Shankar kembali pulih dari demam selama 2 hari, Fadzil telah ke ibupejabat FSL semalam untuk berbincang dengan lebih lanjut.


Menurut Fadzil, perbincangan mereka lebih kepada untuk meningkatkan mutu pengadilan di FSL, dan bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. "Pengadil harus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih tegas agar para pemain dapat menghormati mereka di dalam padang. Sekiranya pengadil terlalu takut untuk mengeluarkan kad kuning atau merah, para pemain akan rasa kurang yakin dan mungkin akan bertindak sendiri mengikut emosi mereka", tambah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

MUAMALAT BULLETS CLINCH VICTORY IN PHUKET

MERSING EAGLES EDGE UITM LIONS TO CLAIM MRL THIRD PLACE

PERAK CLAIM FIRST WIN OF THE SEASON