HARIMAU BAHAM RENJER!

THE RANGERS 2 – YOUNG TIGERS 7

Selepas berjaya mengutip 3 mata penuh pada perlawanan pertama menentang Silent Killer C, Young Tigers terus mengganas dengan menewaskan The Rangers 7-2. Perlawanan yang dikuasai penuh Young Tigers menyaksikan 9 gol berjaya dihasilkan. Kesemua pemain Tigers, Nik, Sufian, Sazali, Nizam dan Khaizal berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan ini. Walaupun tanpa Kamal yang mengalami kecederaan, Young Tigers berjaya mempamerkan persembahan yang memukau.

Kemasukan Khaizal memantapkan lagi bahagian pertahanan dan tengah. Namun, penjaga gol Tigers Yusri gagal menyekat serangan bekas rakan sepasukan Zainudin yang berjaya menjaringkan 2 gol untuk The Rangers. Young Tigers sepatutnya sudah berjaya memenangi perlawanan ini dengan lebih 10 gol sekiranya penyerang Sazali tidak meledak ke arah palang dan papan iklan sebanyak 16 kali. 

Comments

  1. hahahahahahaha!!! papan iklan!!! siottttt jerrr!!!

    ReplyDelete
  2. hitting the advertising board 16 times, makes him look like me... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PDRM CLINCH FIFTH AGONG CUP TITLE IN THRILLING FINAL

BLACKCATZ POUNCE TO VICTORY AT THE SONG KHENG HAI SEVENS

MUAMALAT BULLETS CONQUER PULAPOL 10S