Posts

BINTANG YOUNG TIGERS HANGAT BERCINTA?

Image
Beberapa bulan yang lalu, pemain ini pernah dianggap gay kerana terlalu manja dengan beberapa pemain senior dan pengurus pasukannya. Khabarnya, pemain yang mula popular sejak menjaringkan gol kemenangan ke atas Singapura pada ICG tahun lalu, pernah berkata beliau lebih selesa seorang diri dan menumpukan perhatian kepada karier beliau. Minggu lalu, ada satu sumber yang rapat dengan pihak perempuan menghubungi kami untuk memaklumkan yang sebenarnya pemain Young Tigers ini sudah pun menjalin hubungan sejak 2011 dengan seorang gadis manis berusia awal 20-an. Menurut sumber yang sama, gadis ber'gigi arnab' ini merupakan kerabat dari salah sebuah negeri di Pantai Timur tetapi kini berkhidmat di sebuah rumah tumpangan di Kuala Lumpur. Keputusan untuk merahsiakan perhubungan mereka yang terjalin selama ini khabarnya datang dari pemain yang berasal dari Gombak Setia ini, hanya kerana ingin menjaga status beliau yang kini sedang berada dipuncak.

FIRDAUS WIRA VETERAN TIGERS

Image
VETERAN TIGERS 1 – CHAM-PEON 0   Jaringan tunggal pemain terbaik Asia 2010, Mohamad Firdaus Yatim sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh buat Veteran Tigers ke atas Cham-peon pada perlawanan FSL Sabtu lalu. Kemenangan tersebut merupakan kemenangan ke-2 Veteran Tigers pada musim ini. Skuad yang diketuai Azimin Hardi menguasai permainan dengan baik walaupun tanpa penyerang handalan Tengku Azam yang masih berehat kerana gangguan emosi. Akhirnya Firdaus muncul wira apabila membuat rembatan deras dari pintu gol sendiri untuk menewaskan penjaga gol Cham-peon.

FADZIL TEMUI SHANKAR BINCANG ISU PENGADILAN

Image
Pengurus Tigers United Fadzil Hisham telah berjumpa dengan Pengerusi FSL, Shankar bagi membincangkan isu pengadilan pada perlawanan antara Young Tigers dan Menara United. Minggu lalu, Fadzil juga telah menghubungi Shankar melalui telefon kerana tidak puas hati dengan mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Namun, setelah Shankar kembali pulih dari demam selama 2 hari, Fadzil telah ke ibupejabat FSL semalam untuk berbincang dengan lebih lanjut. Menurut Fadzil, perbincangan mereka lebih kepada untuk meningkatkan mutu pengadilan di FSL, dan bukanlah untuk menyalahkan sesiapa. "Pengadil harus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih tegas agar para pemain dapat menghormati mereka di dalam padang. Sekiranya pengadil terlalu takut untuk mengeluarkan kad kuning atau merah, para pemain akan rasa kurang yakin dan mungkin akan bertindak sendiri mengikut emosi mereka", tambah beliau.

AZAM KECEWA LISA KAHWIN YUSRY

Image
Penyerang berbisa Veteran Tigers, Tengku Azam bakal direhatkan 3 perlawanan lagi kerana gangguan emosi. Menurut ejen beliau, Azam amat kecewa kebelakangan ini sejak mendapat tahu bahawa Lisa Surihani akan mengahwini Yusry KRU. Azam telah pun mendapat kebenaran dari kelabnya Tigers United untuk bercuti untuk beberapa minggu lagi. Pengurusan Tigers United turut mengesahkan laporan tersebut dan telah menghantar Azam ke Kuching Sarawak untuk menenangkan fikiran. Lisa yang telah menikahi Yusry minggu lalu amat disukai oleh Azam sejak 2 tahun lalu.

ARIFFIN BERI AMARAN KEPADA MENARA UNITED

Image
Bintang Veteran Tigers Ariffin Ideris bertekad untuk memberi pengajaran kepada para pemain Menara United apabila bertemu pasukan itu nanti. Beliau sangat berang dengan aksi kasar pemain Menara United ketika menentang Young Tigers minggu lalu. Menurut Ariffin, pemain-pemain Menara United tidak seharusnya bertindak ganas terhadap pemain yang lebih muda. Walaupun mereka perlu mengekang permainan pantas Young Tigers, mereka sepatutnya menggunakan otak dalam merancang corak permainan mereka, bukannya menggunakan taktik kasar dan ganas yang boleh menyebabkan kecederaan.

SUFIAN ENGGAN KOMEN HUBUNGAN NEELOFA

Image
Ketua pasukan Young Tiger Mohd Sufian Amin menafikan bahawa beliau kini sedang menjalin hubungan dengan aktres Neelofa. Pada sidang akhbar Tigers United di Kompleks Sukan Tigers petang semalam, Sufian memberitahu media bahawa beliau dan Neelofa hanyalah 'teman tapi mesra'. Khabar mengenai hubungan mereka mula diperkatakan apabila seorang rakan sepasukan terdengar Sufian menyebut nama Neelofa berulang-kali ketika tidur. Menurutnya lagi, Sufian ada menyimpan banyak gambar Neelofa di dalam telefon bimbitnya. Namun desas-desus mengenai hubungan mereka mula menjadi hangat apabila Sufian bercadang untuk membuat tatu Neelofa di bahu kanan apabila beliau ke Phuket April tahun depan.

MENARA DIGEGAR YOUNG TIGERS

Image
MENARA UNITED  1 – YOUNG TIGERS  1 Walaupun dibarisi pemain tidak ternama, Young Tigers terus membuat kejutan di Futsal Super League (FSL) 2012 apabila Berjaya menyekat bekas juara, Menara United 1-1.  Pasukan Menara United yang dibarisi pemain bintang seperti Shankar, Saravanan, Raja dan Azman Mohamed gagal mengekang corak permainan pantas Young Tigers. Hantaran kemas serta kawalan yang sempurna para pemain Young Tigers ternyata mengejutkan pasukan bintang Menara United. Permainan Menara United bertukar menjadi agak keras  apabila Young Tigers mempamerkan corak serangan bertali-arus untuk mendapatkan gol penyamaan. Pengadil perlawanan ternyata gagal mengawal permainan kasar pemain Menara United kerana takut melayangkan kad dalam perlawanan ini. Walaupun ketinggalan 0-1, pasukan Young Tigers terus menguasai permainan secara keseluruhan. Selepas asakan demi asakan, Khaizal akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.